Bidang kajian sinar-X Sinar-X

Radiografi diperkenalkan di Tanah Melayu pada 3 Februari 1897, lebih kurang setahun selepas penemuannya oleh Roentgen. Lain-lain pengambilan gambar x-ray ditunjukkan semasa perjumpaan tahunan Persatuan Fotografi Amatur di Taiping, Perak pada penghujung tahun 1897, sebuah mesin Sinar-X lengkap telah dihadiahkan kepada Hospital Ipoh sempena jubli intan Ratu Victoria. Berikutnya, sebuah lagi di Kuala Lumpur pada tahun 1905 dan di Pulau Pinang pada tahun 1910.